My Blog List

Wednesday, 4 September 2013

KERJAYA

KERJAYA


Ada satu persoalan pekerjaan tidak sama dengan bidang yang kita belajar di IPT. Mungkin kita dengar benda ni salah satu perkara yang remeh. Tapi cuba kita fikirkan tak ke kita membazirkan masa untuk belajar dalam bidang yang lain dan bertentangan dengan kerjaya.ada banyak kes yang berlaku macam ni tapi kan kita sedar ke tidak. Kita sambung belajar atas dasar tawaran yang pos men  hantar bagi pihak  IPT . Betul ke tak….banyak berlaku sekarang terutama keluarga yang berpendapatan sederhana dan mungkin keluarga di luar bandar. Kebanyakan ibu bapa  ingin melihat anak mereka belajar lebih tinggi dari mereka walaupun bidang tersebut lari dari minat..bagi Razif kan..semua bidang ada kepentingan bagi orang menceburi…cuba kita fikirkan, setiap kos yang ditawarkan di Malaysia pasti ada manfaat bagi pelajar. Kalau tidak buat apa membazirkan masa untuk mengajar budak. Setiap bidang yang kita ambil pasti ada manfaat untuk kegunaan masa hadapan. betapa ramai pelajar yang berjaya atas bidang yang diceburi dengan bidang pilihan keluarga. Cuba kita fikirkan..seorang pelajar belajar dan mendapat ijazah tetapi menjual kuih di pasar. Kita fikir kita pun boleh jual kuih, buat benda yang sama dan rugi la kerajaan kan..bagi dia itulah syurga, minat dan idaman dia .Tapi kita dapat tahu yang dia suka dengan pekerjaan yang dia lakukan.tak kisah lah dia kerja apa tapi yang penting bagi Razif kita kerja untuk kekayaan kita dan bukan untuk mencari kekayaan orang lain…kita makan gaji, ikut arahan dan yang kaya orang lain. Mungkin satu hari kita akan sedar bahawa kita tolong orang kaya dan dia tolong kita untuk merana dengan gaji yang tak pernah cukup. Mungkin dengan menjual kuih di pasar akan membantu dia untuk lebih matang untuk  menceburi bidang bisnes. mana ada orang kaya bermula dari atas. Semua orang bermula dari bawah dan membezakan kita cuma usaha, tawakal dan azam je.dari penjual kuih di pasar menjadi pemilih sejuk beku yang terbesar. Yang penting kita sanggup menghadapi risiko untuk berjaya. Kalau kita ingat tentang kesusahan keluarga kita pasti akan berusaha untuk lebih berjaya untuk membantu keluarga


Tak kisah lah ape bidang yang kita ceburi tapi ape yang Razif nak satu benda je .perkataan yang paling keramat ialah ‘KAYA’

No comments:

Post a Comment