My Blog List

Sunday, 6 October 2013

CITA_CITA VS MALAS !!!


waw rupaye dah 4 bulan aku duduk kat uitm ni..hahaha..memang sedih gila kenepa la tak de kawan ramai macam kawan yang dapat sambung belajar yang lain...balik-balik muka yang sama je aku tengak..aduh hai nasib la katakan,perangaipon sama je aku tgak,nasib lagi.. rasa bosan pulak hidup macam ni..tapi tak de la bosan tahap gaban sangat walaupon boleh la..masa kecik-kecik dulu mak ayah selalu cakap kita kalau nak belajar biar sampai kita gila buku..ha ngeri ye dengar tapi betul cakap mak ngan ayah la..
kalau la aku belajar macam mana kawan aku belajar sekarang ni mesti aku jadi macam diorang ..amik medic..peguam syariah..haaa...nasi dah jadi bubur...tapi tak pe peluang nak gelar doktor masih ada... tapi kenapa kalau kita renungkan masa kita kecil cita-cita kita makin kecil makin hebat..nak cerita sikit la cita-cita ku masa kecil... sanak nak jadi dokter...saya nak jadi angkasawan,dan saya nak jadi penjual kereta mewah...makna ye razif ada tida pilihan kan..pilih je mana satu..tapi kalau tengak sekarang ni kan peluang nak jadi dokter masih ada....tipis... Peluang nak jadi angkasawan masih ada untuk orang lain dan bukan aku yang penting...

 Dan peluang nak jadi kaya dengan jual kereta mewah masih terbuka luas memandangkan aku suka berniaga...ha tahu-tahu la kalau aku berniaga...harga lagi mahal la...nak kaya lebih dari orang.haha.. balik pada cerita asal tadi...kalau makin kecil makin besar cita-cita kita dan kalau kita besar,makin besar ke kecil lagi..haha...pikir la sendiri..tapi kan bagi razif kalau kita tak nak belajar jangan kita habiskan duit ayah kita..sebab kita belajar ni dengan harapan ibu bapa...tapi lain kalau kita ada niat nak belajar tapi kita leka atau terlalu seronok sebab dapat belajar....tak pe kesedaran ni akan timbul dengan sendiri...

Ha...teringat dekat kawan-kawan yang nakal dan agak malas nak belajar..

Razif ada ramai kawan yang tak minat untuk belajar..tujuan cakap ni bukan lah nak mengata atau menaibkan si dia...tapi kita mesti pandailah nak bahagikan minat kita..kalau kita terus belajar benda yang tak minat...memang tak la kan

tapi kalu kita mula cakap kat keluarga yang kita tak minat nak belajar apa agakye riaksi mereka..marah..sudah pasti..Tapi peranan keluarga pada masa ni memang sangat penting sebab keluarga harus menjadi pembimbimg yang terbaik la...cuba cari artenatif lain bagi budak tu sambung belajar...pusat kemahiran..giat mara..banyak lagi...jadi mainkan peranan...jangan hiraukan dengan pandangan sekeliling..

kalau gosip...lipas pon boleh bercakap dan yang pekak boleh baik dengan sendiri..fitrah manusia..haha
just nak kongsikan sikit pandangan...tapi ramai yang berjaya dengan sekadar pusat latihan sahaja...

Banduan boleh jual nasi ayam jadi kaya..kenapa pulak tak kita jadi macam tu...bukan suruh jadi pesalah..amik yang baik pada diri dia...nak berubah..itu yang penting sekali...bukan nak menunjuk..

ok la...sakit mata la pulak dah la melalut dalm blog ni sampai 3.58 pagi...banyak lagi nak tulis ni...tak pe la..nasihat sikit-sikit je la...tapi tip yang paling bagus...cuba fikir sendiri...hahah

MUKA WISMA YAKIN


MUKA MACAM WISMA YAKIN....

haha...last sekali kata-kata yang diucapkan sebelum habis kelas law..haha...
terbaik la kita satu kelas ni..macam ni kan memang susah nak cari lecture terbaik macam ni..razif rasa kan kamilah kelas yang paling happy dalam setiap Kelas AP115 1E...haha...ramai jugak la mintak nak masuk ke kalas kami jadi boleh buktikan la dengan keserasian kami sekelas....dengan gelaran walid,umi,bos,dan mek...gelaran yang mungkin akan lekat sampai kami gred...harap semua kawan dan saya jugak la gred on time...



Memandangkan kelas kami ni akan bercuti buat sementara waktu sebab balik ke kampung halaman massing-masing untuk bercuti dan melespaskan rindu yang pasti.untuk keluarga...rasa rindu nak makan masakan mak kan kawan-kawan...um...bunyi macam dah jemu makan makanan yang dimasak atas dasar keuntungan semata-mata...



APA rindu kat kereta,motor,basikal kapal terbang...ho....banyak lagi memandangkan banyak rancangan akan kami lakukan bersama...kepada dia...tunggu saya ye...haha...tapi kami dengan satu misi...cuti hilangkan stress dan mencari udara segar.genting...haha cerita lama yang mungkin basi...bagi member-member sekelas jaga diri sepanjang cuti semester dan pastikan melakukan kerja terbaik sepanjang cuti...kerja terbaik aku adalah menghabiskan duit mak bapak la...haha...GOOD JOB...

:)



Tak lupa pada kawan yang rapat jugak la...jaga diri..kalau nak merempit pastikan muka tidak berbisik di atas jalan atau atau tiada kenangan pahit dalam minda anda..

:)

Aku nak cari kerja tapi tak tahu nak kerja dekat mana...lebih baik tolong bapak je..haha....
                                       membina istana mahligai kepada mak aku....

Saturday, 28 September 2013

MATA WANG

 MATA WANG



J   Mata Wang….
Mata wang bunyi macam gempak kan..nampak gempak dan mungkin tak gempak pon..sebab ape aku cakap macam ni…cuba kita guna akal fikiran yang dikurniakan ini…cuba kita fikirkan sejenak apa nilai duit kita sekarang dan cuba kita fikirkan apa yang kita bagi kat adik kita…atau anak kita pegi sekolah kalau tak duit…duit…mata wang…MATA WANG adalah sandaran kepada emas…



EMAS benda yang bernilai kat dunia ni…Malaysia…aku rasa ramai Mami JARUM  kat sini…banyak harta…emas sampai ke  siku…gempak kalau kita tengak…dia tak payah nak risau kalau mata wang jatuh sebab Mami ni akan tahu dea punya pelaburan sangat untung…emas mana jatuh..kalau jatuh naik lagi tinggi dari harga jatuh…



banyak mana kita bagi anak @ adik kita pergi sekolah….50$ nak beli apa..harga air pon dah 1 rinngit kan…razif tulis ni bukan nak cakap ape la..betul cakap kawan yang kita akan ada kala masa kita kembali zaman silam..macam mana...


KARMA  @ RODA
Karma ni kan balasan kalau kita buat jahat…ini kepercayaan kaum la kan..tapi kalau roda…mungkin kita berpusing dan masa ni kita akan duduk kat paling bawah..mungkin kita akan kembali kepada zaman silam di mana sekarang ni kita nak sambung belajar kita kena fikirkan tentang WANG…kalau tak de benda ni kita tak dapat hidup kat mana pon kita duduk…ha….macam ade pengalaman kan…memang la ade pengalaman  tak de duit…terpaksa berjimat gila sampai mak ayah kita hanta balik duit kan…PTPTN kan ado…memang la…ingat semua orang mampu ke nak bayar balik benda ni..memang la kita gred dengan hutang…
 J Balik kepada tajuk utama…

Dulu zaman  mak kita belajar sampai darjah enam je…dan sampai sini je la mak kita sambung sebab duit atok dah tak de…berbeza dengan sekarang kalau kita sambung belajar akan sampai form 5 @ 6 and then,kita dah tak de duit nak sambung belajar…kita akan jumpa  balik zaman macam ni cuma beza ye kita sempat atau tak je…jadi kita cuba la fikirkan akan ade zaman semua orang beli rumah atas dasar kepuasan dan mandi je sebab ade zaman kita akan kerja je untuk hidup@ way of life untuk terus hidup…kalau tak kita kena tindas…tapi dah ramai macam ni kan…orang miskin..tapi kita meski ingat apa yang kita nak buat sekarang…raz pon tak tahu sebab aku bukan orang yang menentukan katuh bangun mata wang ni……J

kawan


Kawan

kawan yang selalu bersama

Kawan. ha…bunyinya macam seronok tapi kita cuba fikirkan semua tu mmg  ada ke dalam kamus hidup kita. Bagi aku kawan ni kawan yang kita akan cari masa senang ,susah, dan dalam ape saja keadaan. Semua ada cuma kita tak dapat bezakan kawan yang setia atau tidak. Bagi razif dulu razif ada kawan yang sangat baik tapi pada waktu yang sama kawan ni jugak la menjadi lawan yang mungkin kita ingat sampai hari ni.keadaan ni memang biasa tapi kalau kita jumpa kawan yang betul-betul satu kepala dengan kita. Kita akan seronok dengan dia. Tapi kalau sebalikye lebih baiklah kita tinggalkan dia demi kebaikan bersama .maksudnya buat ape kita kawan dengan dia sedangkan kita akan menjadi lawan pada kemudian hari dan lebih baik kawan yang tak rapat daripada lawan yang sangat dendam..
Kita ni kan selalu pilih kawan yang tak satu kepala pun tak pe..ade yang cakap “pengaruh rakan sebaya” ayat ni memang sinonim kepada orang yang macam suka mencuba. Tapi bagi razif tak semua rakan yang jahat akan mempengaruhi rakan untuk jadi jahat. Mungkin semua rakan senang mempengaruhi akan terpengaruh..
Kenapa razif cakap macam ni sebab ade yang razif tengak macam senang mencuba walaupun dea tahu benda tu salah .dekat dunia kita akan jumpa macam-macam manusia yang ade kat muka bumi ini.ade pelbagai jenis manusia.
Kat mana pun kita berada kita mesti tahu cari kawan. If kita tak tahu cari kawan pon kita jangan la mudah terpengaruh. macam ni pon ade
1.kawan yang kuat pengaruh untuk kepentingan dia..
2.kawan yang merokok tapi tak nak orang lain terpengaruh dengan dia…
3.kawan yang tak buat ape pon dah terpengaruh…
Kat mana pon kita berada kita mesti cari kawan yang betul-betul berguna..tapi ingat tak semua kawan yang jahat tak guna..kawan yang jahat mungkin tak sampai hati nak buat jahat kat kawan baik dea sendiri..jadi jangan kita pandang serong dekat kawan kita yang jahat…dan kita jangan lupa yang jahat akan jadi baik dengan izin Nya..
Kalau kita jumpa rakan yang mungkin baik di mata kita jangan kita kenakan dia pulak…kita juga kena ingat yang baik di luar tak semestiya baik juga di dalam.yang  baik ni jugak akan menjadi sangat jahat..tapi kalau kita tahu dia jahat pun jagan la kita perli dia..macam tambahkan tekanan dekat dia..ini mungkin faktor yang kita tengak yang dia jahat lagi…

Kat mana pun kita ada pasti kan kita punya antibody lawan nafsu kuat k

Thursday, 5 September 2013

TRIP TAIPING

KASI SEMBAH….HIHI…AYAT KERAMAT BAGI KAMI…INI LA MAKI BUAT MASA FREE…BORAK..LEPAK…TAPI BUKAN LEPAK BIASA OK…LEPAK YAMG ADA FAEDAH..BANYAK FAEDAH YE…KISAH YE MACAM NI….KAMI BERPAKAT NAK PEGI TAIPING…LEPAK SENTOSA HILL,MANDI SUNGAI,WAYANG, DAN BAYAK LAGI AKTIVITI LA….BUKAN JAKUN…TAPI FIRST TIME PERGI JALAN-JALAN DENGAN KAWAN IPTA YANG LAIN…


Kisah ye macam ni kami berpakat nak pergi Taiping,Perak untuk tegak apa yang ada dekat sana. Bunyi macam taiping ni asing je bagi aku kan. Jangan terpedaya ok,walaupun rumah atuk kat taiping tapi x panah pula aku pergi dengan kawannya….tapi nasib baik la Mak Ngah aku tak tahu…kalau la dia tahu mati la aku kena motivation lecture dengan dia…salah satu hobi dia memberi motivasi kepada anak kampung yang disayangi..Yang SHOK ye aku lalu depan rumah dia pon aku buat x tahu…sedangkan kami habiskan duit untuk sewa villa dan umah arwah tok aku kosong…apa salahye kalau aku bawak diaorang semua pergi rumah tok aku kan…good idea…tapi dah lepas hihi.. Bayak pengalaman,pengajaran dan hampir ke laut jugak la semua kereta kami naik..semua try tengok gambar kat bawah nte…semua kereta ada tanda kenangan… 
pandangan depan...kereta kebal pon takut kan ini bidak ma...
pandamgan tepi.....gila kan


kereta exora...padangan depan...mmg malu la weiii....

Ini la pengalaman pertama…aku tak tahu la…aku tahu pelok SURAH YASSIN  …lebih selamat rasa diri ini....aha…lucu kan..ok sampai je di destinasi yang kami mahu pergi kami pon…hooooyaaaa la…ini tempat dea…


WELCOME



INilah tempatye..reception shj...nak lbih2 sponser la aku dulu kan...kira promosi tau

HA...lupa plak aku kenalkan kawan-kawan yang follow trip ni la...ok tapi tak semua yang ada la...tukang,tukang kamera dalam tak ada la...maaf ye lagipon dea ni ape la semua gambar muka dea je..aku pon rimas...jangan terasa ye..kan ko hot...


Tengok semua muka berasap je kan nak tahu tak kami buat ape masa ni kami sebenarye kami tgak buat makanan...Ni semua kawan aku…dalam gambar ni semua classmate lelaki semua pergi tapi separuh dari ye perempuan la..tak semua pergi la..ni gambar mas kami buat BBQ ni…sebab itu la semua muka dalam gambar ni rentung sikit…panas main dengan api la katakan..tapi memang enjoy gila la…seram pon ade…mane la tahu yang tu nak gambar sekali ke dengan kami..dekat belakang tu banyak lagi kosong kan..nak masuk boleh…bayar ar…mahal kot gambar ni…ok la…nak tengak kami punya lauk masa ni…sedap.. JJJ
L lapar L




ha nak cakap sikit..yang pakai baju biru laut tu rafiq.lagi sorang tu nama dea aidil,dia ni chef kami..tegak muka la..macam chef tak..pakar dalam segala masakan…tegak muka pun dah tahu dah….makan…makan ….dan Terengganu cakap makangg…haha


  SIAP MAKAN KAMI PUN BUATLAH AKTIVITI LAIN PULAK


Tengok wayang dan overnigth..ni la kje anak muda yang berdarah muda lagi muda…faham tak….aku pon x faham ape yang aku mengarut.…tengak gambar je la…senang…kalu cakap yuna…SETIAP GAMBAR ADA LAGU..itu dea..


DUA ORANG NI MACAM OVER SIKIT...ABAIKAN

Tengok ni...ini lah dia..belum masuk wayang dah makan...masuk wayang tido..ini la kerja dia ni...
 semua gambar diaorang mana gambar aku kan...aku ni hodoh je...ini la



ni la muka aku...ngade kan...

aku nak tunjuk plak la gambr kawan aku yang lain lagi...tapi kalau tak de tu jangan lah marah kat aku ok




Sampai di sini sahaja la aku dapat berkongsi….ini je la yang boleh dikongsi..lain kali la kita jumpa lagi …tapi ada la sedikit nasihat yang berguna kepada semua…kalau nak balik malam-malam pun pastikan betul-btul selamat dan baru balik…jangan sampai kereta merah menghantui anda semua terutama semua kawan-kawan di atas…hihihi….





Wednesday, 4 September 2013

KERJAYA

KERJAYA


Ada satu persoalan pekerjaan tidak sama dengan bidang yang kita belajar di IPT. Mungkin kita dengar benda ni salah satu perkara yang remeh. Tapi cuba kita fikirkan tak ke kita membazirkan masa untuk belajar dalam bidang yang lain dan bertentangan dengan kerjaya.ada banyak kes yang berlaku macam ni tapi kan kita sedar ke tidak. Kita sambung belajar atas dasar tawaran yang pos men  hantar bagi pihak  IPT . Betul ke tak….banyak berlaku sekarang terutama keluarga yang berpendapatan sederhana dan mungkin keluarga di luar bandar. Kebanyakan ibu bapa  ingin melihat anak mereka belajar lebih tinggi dari mereka walaupun bidang tersebut lari dari minat..bagi Razif kan..semua bidang ada kepentingan bagi orang menceburi…cuba kita fikirkan, setiap kos yang ditawarkan di Malaysia pasti ada manfaat bagi pelajar. Kalau tidak buat apa membazirkan masa untuk mengajar budak. Setiap bidang yang kita ambil pasti ada manfaat untuk kegunaan masa hadapan. betapa ramai pelajar yang berjaya atas bidang yang diceburi dengan bidang pilihan keluarga. Cuba kita fikirkan..seorang pelajar belajar dan mendapat ijazah tetapi menjual kuih di pasar. Kita fikir kita pun boleh jual kuih, buat benda yang sama dan rugi la kerajaan kan..bagi dia itulah syurga, minat dan idaman dia .Tapi kita dapat tahu yang dia suka dengan pekerjaan yang dia lakukan.tak kisah lah dia kerja apa tapi yang penting bagi Razif kita kerja untuk kekayaan kita dan bukan untuk mencari kekayaan orang lain…kita makan gaji, ikut arahan dan yang kaya orang lain. Mungkin satu hari kita akan sedar bahawa kita tolong orang kaya dan dia tolong kita untuk merana dengan gaji yang tak pernah cukup. Mungkin dengan menjual kuih di pasar akan membantu dia untuk lebih matang untuk  menceburi bidang bisnes. mana ada orang kaya bermula dari atas. Semua orang bermula dari bawah dan membezakan kita cuma usaha, tawakal dan azam je.dari penjual kuih di pasar menjadi pemilih sejuk beku yang terbesar. Yang penting kita sanggup menghadapi risiko untuk berjaya. Kalau kita ingat tentang kesusahan keluarga kita pasti akan berusaha untuk lebih berjaya untuk membantu keluarga


Tak kisah lah ape bidang yang kita ceburi tapi ape yang Razif nak satu benda je .perkataan yang paling keramat ialah ‘KAYA’